Resepi Sambal Ikan Bilis Kentang Kering

Salam,
Amboi-amboi musim covid-19 ni, kemainlah kan masing-masing yang bekerja/wfh jadi suri rumah sepenuh masa. Selingsing tangan ha.. masak masak masak. Anak pun lapar-lapar-lapar tak henti-henti kan. Ahh takper takda beza pun dengan aku kat sini ha. Anak lelaki seorang ni 7 tahun ni, kejap-kejap lapar juga. Pulak tu dah pandai memilih nak makan yang pedas baru sedap katanya. Oleh kerana Lifestyle blogger tua ni dah nak tukar profession jadi Full Time Chef; ate meka nak kongsikan Resepi Sambal Ikan Bilis Kentang Kering yang mendapat sambutan hangat di pasaran. Ramai yang pey em  kat IG mintak resepi. Boleh boleh.. takda la nak bagi korang mengidam sambil jilat screen je.. jomla kita masak sama-sama jom... 😆


Bahan-bahan Mudah gila ya amat! Resepi ni untuk sekali makan sahaja.

Goreng:
Minyak Masak
Kentang
Ikan Bilis

Kisar:
Bawang Besar
Bawang Putih
3 sudu Cili Boh
Cili Besar
Sedikit Air

Penyedap Rasa :
Garam & Gula
Secukup Rasa/ Kiub Ikan Bilis


Pertama, blender Bawang Besar, Bawang Putih, Cili Besar, Cili Boh. Bawang ni sebenarntya besar tau saiznya. Kalau bawang merah tu kecik sikit ambikla 2-3 biji ya.

Sikit je masak ni, untuk sekali makan

Kentang dalan 2-3 biji potong triangle ya 😃

Saya kalau malas buat cili boh sendiri, saya beli je cili giling cap puteri

Goreng Kentang dengan api sederhana. Bila betul2 panas baru masukkan kentang. Jangan penuh sangat. Kalau kena masak 2 kali pun takpa. Kalau penuh sangat kentang ni melekat satu sama lain.

Lepastu goreng ikan bilis. Kuali kena panas ya, dan api sederhana. Bila dah kuning angkat dan ketepikan.

 Bahan yang telah dikisar tadi, letak minyak dan masaklah. Bila dah naik minyak dan cili dh masak, tambah sikit air, sikit je, jangan kering sangat. Agak2. Masukkan kiub ikan bilis/ secukup rasa.

Ahh... bila cili tadi dah agak2 lembab dan masak, kita kahwinkanlah ikan bilis dan kentang yang telah digoreng. Last, masukkan garam & gula kasi sedap.

Kacau-kacau sikit, dan tutup api. Siap!

 Enak dimakan begitu sahaja atau makan dengan roti atau nasi panas. Aiihh.. sedap bhai, menambah 2 pinggan nasi macam ni. Ha.. jangan terliur sangat k. Dah bagi resepi ni esok masak tau!! Senang je kan kan kan kan kan.

Itu sahaja Resepi Sambal Ikan Bilis Kentang Kering paling sedap dalam dunia!

Uih... kalau ada petai ni.. lagi jadi ni!

Selamat mencuba. Tata babai.



Post a Comment

0 Comments