Review Ecowell Organics : Liquid Facial Soap

By Nova Leeza - Friday, August 12, 2016

Salam,
Holla. Minggu ini Nova nak sambung lagi review produk dari Ecowell Organics iaitu Liquid Facial Soap. Bagi yang terlepas cerita Nova minggu lepas, Nova nak bagitahu semula yang Ecowell Organics adalah Produk Organik yang diiktiraf. Produk organik bermaksud, kandungannya hanya boleh dirumuskan menggunakan bahan-bahan semulajadi, bebas daripada parabens, sodium lauryl sulfates, petroleum derivatives, pengubahsuaian genetik dan mengandungi antara 70-95% daripada bahan-bahan organik. Kalau nak tahu lebih lanjut Nova dah terangkan pada entry sebelum ini di sini -> Ultra Moisturising Eco Bio Face Cream 

 Ha.. ini dia Liquid Facial Soap atau Sabun Pencuci Muka dalam Travel Set (30ml) ≧❀‿❀≦


"ECOWELL diiktiraf organik oleh ICEA - Ethical and Environmental Certification Institute (Italy)" 


Dari Travel Set yang dikirimkan pada Nova tempoh hari, Nova akan review Liquid Facial Soap atau Sabun Pencuci Muka. 
   
Dua dari kiri : Liquid Facial Soap



Nice packaging kan. Putih dan simple je. Walaupun iainya Travel Set, saiznya botol ini adalah 30 ml. Agak banyak bagi travel set kan?

Maklumat Produk

Bahan Utama : Organic Orange Oil

Fungsi : Membersihkan Kulit 

Menyegarkan kulit dan membuang sebum berlebihan disamping mengekalkan nilai PH kulit tanpa merosakkan lapisan lipidnya. Buih berkrim lembut tidak mengeringkan kulit. Menjadikan kulit muka bersih dan bersinar kerana campuran Organic Myrtle Water dan Organic Orange Oil didalamnya. 

Kebaikan Organic Myrtle Water
  • Membersih secara mendalam
  • Mengimbang tona kulit
  • Mempunyai ciri-ciri anti-jerawat

Kebaikan Organic Orange Oil
  • Berfungsi sebagai anti-radang dan anti-bakteria 
  • Mengandungi vitamin C yang bertindak untuk melindungi dan menyembuhkan kulit 
  • Menggalakkan penghasilan kolagen 
  • Mengurangkan kedutan dan kerosakan kulit 
  • Menghalang pertumbuhan jerawat

Selain itu, Liquid Facial Soap juga sesuai untuk membersih mekap di wajah.


Liquid Facial Soap saiz sebenar (150ml)

1 pam di tangan sudah cukup untuk membersihkan keseluruhan wajah ≧❀‿❀≦

Nak tahu apa yang Nova rasa tentang Liquid Facial Soap ni? Jom tengok video di bawah :


Bagaimana untuk mendapatkannya 



Harga Ecowell Liquid Facial Soap, 150 ml : RM 116.60



Untuk Review Produk Ecowell yang sebelum ini boleh lihat di sini : Ultra Moisturising Eco Bio Face CreamLiquid Facial SoapCell Renewal & Hydrating Face MaskFace Tonic dan Makeup Cleanser Milk.

Ok tu sahajalah sharing Nova kali ini...Ingat tau, tak ada perempuan tak cantik, kecuali perempuan yang malas! Terima kasih kerana sudi menjamu mata di sini. Semoga menjadi perkongsian yang baik pada pembaca blog Nova. hehe Sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

Perhatian

Semua maklumat yang terkandung di blog ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat mengikut pandangan penulis blog Nova Leeza sahaja. Jika maklumat yang disampaikan tidak tepat, silap atau tidak sempurna, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadapnya. Penulis juga tidak mampu untuk memenuhi setiap keperluan pandangan setiap pembaca blog ini. Penulis blog ini juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, atau tuntutan ganti rugi dari kandungan atau gambaran pada maklumat di blog ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan.