SGshop : Shopping Barang dari China Melalui SGshop Sahaja

Salam,
Holla semua, beberapa minggu lepas Nova ada buat pembelian secara online terus dari luar negara. Ya, terus dari luar negara tau! Sekarang ni, dengan adanya SGshop, di mana sahaja kita boleh shopping. Mudah sangat tak payah nak susah-susah book tiket kapal terbang kalau nak membeli barangan dari luar negara. hahaha.. Nak tengok tak barang yang ai shopping tu? Ai akan kongsikan semua maklumat barang-barang yang ai beli dan kalau korang rasa berkenan juga. Jomla cuci mata jom.

Wow! 4 bungkusan sekali ai borong!!! OMG Tak sabar nak tunjuk kat korang!

Satu kotak besar dan 3 plastik courier. Ya ampun, sis suka sis suka.

Benda paling seronok dalam dunia adalah bila posmen hantar parcel ke rumah. Kan kan. Rasa excited sangat nak tengok nak buka barang yang kita beli tu kan. So sebelum buka parcel, kita selfie dulu puas-puas. hahahaha 😃


Tu dia, satu barang dah keluar. Comelnya lahai kasut Hello Kitty ni weh. Rasa nak pengsan tengok kecomelannya. Kalau pakai dalam rumah buat selipar rumah pun cantik juga tu. Masa jalan mesti rasa nak senyum je sebab comel nau selipar ni. kan kan! Ai memang suka barang-barang comel-comel kiut-kiut gini. Biarlah dah berumur pun, barang comel siapa tak suka kan.


Barang yang paling besar dan paling happy ai hadiahkan untuk diri sendiri adalah handbeg putih ni. Dah lama nak beli handbeg putih tau! Sekali tengok kat dalam website SGshop terus berkenan weh. Bila buka dan rasa,bestnya! Berat ok! berbaloi beli dengan harga yang erm erm jimat kocek ni.. dan kualitinya juga  baik. Ada dua bahagian dalam beg ni, so dengan beg ni, sebelah untuk barang ai, sebelah untuk barang anak. Ya, anak dua ni kan, kenalah standby botol susu la, botol air la, pampersla, wipe tissue la. Ha! angkut je semua dalam  beg ni. Senang mudah cepat!


ha, berkenan juga ke? Sila tengok di sini kalau nak juga. Ambikla link ni. DAPHNE BAG. Beg Daphne ni salah satu brand yang aku suka kat SGshop. Kualiti dia memuaskan hati dan rekaannya lawa-lawa. Harga mampu milik ye. Lawa kan kan.. ai plan nak beli lagi dua kat SGshop. haha 😇


Ni gambar ai dengan beg Daphne ai. Putih.. lawa kan kan kan kan! Ya dalam ni ada pampers budak dan botol air mereka juga. Senanglah ayahnya tak payah nak kendong lagi satu beg kan kan. Bolehla minta 2 bijik beg lagi lepas ni. weeee Kalau korang berkenan sila search kat SGshop dengan link ni : Beg Putih Lawa


Next, Nova belikan hadiah mainan buat hero mummy sorang. Memang kesukaan dia adalah kenderaan yang boleh tukar jadi robot sekarang ni. Dapat mainan ni memang melompat sakan la dia. Actually kan, masa kitorang pergi Genting Premium Outlet, eiman beli sebiji lori kuning ni dan memang lori ni boleh tukar jadi robot. Sebijik kenderaan robot jela beli masatu. Lepas tu, daddy dia baca belakang kotak lori tu yang set 5 buah lori ni boleh cantum jadi 1 robot yang besar.. Walaweh! Sejak itu daddy dia menanam azam untuk kumpul satu set. Sehinggalah saat mummy decide nak shopping kat SGshop, mummy search set lori ni dan jumpa. Yang ni satu set dalam RM 93.10. Tapi ni tak termasuk kos penghantaran ye, kos penghantaran dalam RM 110 dengan berat dalam 5kg. Berat juga sebab dia besi + plastik. Ha.. ambikla. Duduk la daddy dengan si eiman berjam-jam mengerjakan benda ni sampai puas hati. hehehehe Kalau korang berkenan sila search kat SGshop dengan link ni : Transform


Cantikkan? Sebab tu ai cakap bukan eiman yang lebih, daddy dia yang over tau!

Kita bagi juga adik laluan untuk enter frame ye. hehe 😆 Tu robot belakang tu jadinya lepas cantum-cantum semua robot ni. Laju je eiman buat sekarang, dah pandai kan. Aku? Aku surrender bab pusing-pusing robot ni. Ai jeling jela. hah


Seterusnya, buat kekasih hati mestilah ada juga kan. Haritu aku gi gatai tangan main zip Sling Bag dia sampai tercabut patah dua zip dia. Aduh! Rasa bersalah sangat-sangat sebab dia pakai beg tu tak sampai setahun lagi pun. Sorry sorry ye. Memang aku janji nak ganti yang baru walaupun dia tak kesah dan tak marah pun. Aku jela yang rasa bersalah sangat-sangat. Terpaksalah husband pakai beg lama dia yang dah uzur tu. Lama juga ai belek-belek SGshop ni nak cari paling lawa paling kababoom. So ikut firasat aku, dan tengok pada minat dia, ai beli beg ni yang ada design samar-samar macam celoreng warna hitam. Cool kan. Bila sampai je beg ni ke rumah, rasa lega sangat sebab kualiti dia bagus dan cantik. Serius depan mata lagi lawa dari dalam gambar. haha so dengan ini aku tak rasa bersalah dah. Dan husband pun suka beg ni, katanya tak besar dan tak bulky. Memang kena dengan citarasa dia. Puhhh.. pat on my shoulder. ✌ Beg hensem husband ai beli kat sini : Beg Hensem


Yang ni pula, hubs yang pilih sendiri. ehh panggil hubs la pulak. haha lempang kang. Gedik. Key Chain kereta kitorang dah busuk dan buruk gila. Dah koyak-koyah dah memang nak kena ganti. Ai cari kat SGshop yang ni. Lawa giler besi berat harga bapak murah berbaloi rasanya memang tak dapat le harga camni kat mana-mana. hahaha boleh tak exagerate camni. Okla, okla i over sikit la. Tapi memang lawa sangat puas hati. Nanti korang tengokla harga dia ai ada attached kat bawah ni. Nak beli Key Chain ni boleh beli kat sini : Key Chain Besi


Lepastu lagi, sis beli baju seluar anak-anak yang disayangi. Nak beli baju kena tengok betul-betul siaznya ya. Sis siap ukur panjang badan budak-budak ni dengan tape supaya tak salah beli. Kebanyakkannya dia mention panjang baju. Bagus juga, tinggi budak-budak ni kan kadang-kadang berbeza-beza. Oh ya, sis beli juga selipar ala Bohemian tu tapi sis cam so so sikit la.. yerla tak semua benda kita beli kita akan puas hatikan. Selipar Bohemian tu ada di sini : Bohemian Slipper 


Eiman suka dinosour, so belikan dia dua helai baju dinosour dan adik, ai belikan seluar jalan. Cool juga seluar ni, panjang tapi kain dia tak tebal, helok sangat dengan cuaca kita yang summer sepanjang masa ni kan. Tersengihla si eiman tu dapat baju kesukaan dia, basuh je pakai balik.. tak lama baju ni rasanya, cepat dia lusuh nanti. haha 😅 Baju dinosour eiman beli di sini : Baju Dinosour


"Eiman hensem tak?" katanya

Satu kuning satu kelabu. Lawa kan kan.. 

Ni seluar adik. Alalala cute tak?
Seluar adik beli di sini : Seluar Cute Adik

Seluar adik pula satu biru satu peach.

Ok last but not least, Selipar comel yang ai tunjuk kat gambar awal-awal tadi. Lawa sangat kan. Orang kata benda yang kita suka kenalah kongsi. So haritu ai ada buat giveaway selipar comel ni kat IG ai. Tahniah buat kak Nabyha dan Mumbling Cici yang menang. Selipar Comel sangat ni ai beli di sini : Selipar Comel


Terima kasih pada SGshop yang menjadikan impian saya untuk shopping sakan menjadi kenyataan. Banyak benda yang Nova perlukan dapat dibeli dengan harga yang mampu milik dan kualiti yang munasabah. Yey! Suka suka suka!! Camana? Korang suka juga kan? Meh Nova explain macam mana nak beli barang kat SGshop ni. Mudah je.. senang je.


Mula-mula sila ke website SGshop kat sini : http://www.sgshop.com.my/


Korang pernah dengar Taobao? Ya, Taobao ni femes sangat kat Negara China, macam-macam ada kat sini tau. Barang Sukan, Perhiasan, Baju, Beg, Kasut, Seluar, Barang Budak-budak dan macam-macamlah ada.  SGshop adalah platform yang dibina bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk membeli-belah di Laman Taobao. Laman Taobao dalam bahasa Cina manakala SGshop mempunyai pilihan bahasa English dan bahasa Malaysia. Korang juga beli barang dengan menggunakan matawang Ringgit Malaysia, bukan Renminbi (RMB). So, macam mana nak beli barang kat SGshop?....

1. Daftar dan log masuk ke akaun anda.

2. Cari produk anda di SGshop.com yang merupakan mirror site Taobao. 

3. Taipkan kata kunci produk yang anda kehendaki, atau salin URL produk pilihan anda daripada penjual pihak ketiga yang anda pilih ke dalam ruang carian SGshop ini.

4. Pilih reka bentuk, kuantiti, dan kaedah penghantaran yang dikehendaki. Jangan ragu untuk meninggalkan apa-apa pesanan kepada penjual pihak ketiga.

5. Apabila anda sudah bersedia untuk membuat pesanan anda dengan penjual pihak ketiga, tekan barang yang disukai dan klik SUBMIT.

6. Pembayaran 1 (Harga Produk + Kos Penghantaran Dalam Negeri China) yang diperlukan segera oleh penjual pihak ketiga yang anda pilih. Pembayaran boleh dibuat melalui Visa/MasterCard atau kredit baki akaun SGshop anda.

7. Baki kredit boleh ditambah melalui pemindahan Online Banking/ATM, dan akan disahkan dalam masa 24 jam.

8. Setelah pembayaran disahkan, pesanan anda akan mula diproses. Status pesanan akan dikemaskinikan dengan segera. 

9. Setelah pembelian anda telah tiba di pusat logistik di China, pemeriksaan kuantiti supaya betul, saiz, warna dan reka bentuk serta apa-apa kecacatan yang jelas akan dilakukan sebelum ia bersedia untuk penghantaran antarabangsa.

10. Setelah selesai penghantaran antarabangsa, anda dikehendaki untuk membuat Pembayaran ke-2 (Bayaran Penghantaran Antarabangsa + Caj Perkhidmatan + Clearance Fee) dalam talian, pembayaran itu dibuat kepada SGshop. Setelah pembayaran dilakukan, produk akan dihantar ke pintu rumah anda.

11. Setelah produk yang dibeli sampai kepada anda, teruskan ke "Koleksi saya" untuk mengesahkannya. Kemudian, anda akan menerima mata keahlian anda. 

haa.. paham tak? 
Cubalah tengok-tengok dulu. Untuk maklumat lebih terperinci boleh baca di sini :

Ha.. ni barang Nova shopping tadi, Nova pecahkan kepada 4 parcel ikut berat dan mana yang sampai ke Warehouse dulu. Kos penghantaran bergantung pada jenisnya. Ada Express Air, Economy Air, Special Air dan Sea Shipping. Nanti dia akan nyatakan berapa lama masa yang diambil untuk parcel tersebut sampai ke tangan anda. Harga penghantaran juga ada dinyatakan. Korang boleh pilih mana satu yang korang nak. Nova buat 500g satu parcel. Kecuali yang robot tu sebab dia berat sikit dari yang lain. 


Nova ada satu berita baik untuk korang semua yang nak shopping di SGshop. Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan ini, SGshop mengadakan promosi eksklusif untuk meraikan hari Kemerdekaan ini bersama anda!


"Tempatkan Pesanan Pembelian (Pembayaran Pertama) pada 28 Ogos hingga 31 Ogos, kemudian dapat menikmati RM 10 untuk pembelian produk di atas RM 199;
RM 20 untuk pembelian produk di atas RM 299 dan
RM 30 untuk pembelian produk di atas RM 399.
Pada masa yang sama, itu dengan Caj Perkhidmatan PERCUMA"

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi kemerdekaan anda boleh ke pautan ini : https://www.sgshop.com.my/news?id=269

Ehh.. cop cop bukan itu sahaja tau! Nova juga berterima kasih pada SGshop kerana sudi memberikan kod promo khas diskaun 10% bagi penghantaran antarabangsa untuk pembaca blog Novaleeza. Korang boleh guna kod ni untuk masa checkout ya! 

"NL2018"
[Valid 28th Aug 2018 to 30th Sep 2018 | One time use]

Bestnya shopping-shopping gini!! Nanti nak shopping lagila. Baju adik pun macam dah kecik ni. Ehh.. tengok japla. Nak beli baju turtle dan rabbit untuk adik. Korang apa tunggu lagi? Jomlah ke SGshop. Takkan tengok jurr? hahahahaha

SGshop Website : http://www.sgshop.com.my

Facebook : www.facebook.com/SGshopMalaysia/

Instagram : @sgshop_malaysia



Ok korang sehingga berjumpa lagi!!

Selamat Hari Mereka!

Jom kibar jalur gemilang!

Sekian.

Post a Comment

2 Comments

  1. Besh entry 👍
    & tq buat giveaway aritu, yay sayer meneng sliper 💃🏼

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak join contest. Akak.. Nanti saya hantar ke rumah akak ye.. Sorry lambat sikit.. Fatimah demam campak tak sempat nak hantar. Sorry ye

      Delete