Salam, halo semua. Yup, nak bagitahu ni, sis maintain pakai Sunscreen Aloe Vera dari Hansaegee Nature. Dah masuk 4 bulan lebih dah ni pakai Sunscreen. Alhamdulillah masih kuat semangat untuk pastikan kulit sis terjamin dari sinaran matahari yang akan merosakkan muka. Yerla nak cecantik kenalah ada usaha sis.. bukan bangun pagi terus "Eh cantiknya aku harini", ha macam tu magic-magic takda. 😆 Kena selalu ingat "Takda perempuan tak cantik kecuali perempuan yang malas!"... ahh gittew. 💋 muah
Ok berbalik kepada cerita sis ni, ha kenapa sis boleh maintain pakai Sunscreen Aloe Vera dari Hansaegee Nature? Main reason sebab Sunscreen ni Sunscreen Yang Boleh Basuh Dengan Air. Maksudnya Mesra Wuduk Sebab Senang Cuci. 😉 Solat 5 Waktu takda masa nak cuci muka, double cleansing, triple cleansing ke apa, no no.. senang je, cuci dengan pencuci muka dan air dan yakin dah bersih kulit. Boleh terus pergi ambil air sembahyang. Kalau nak tahu, bukan senang nak jumpa Sunscreen mesra wuduk dalam pasaran, ha jadi jangan pening-peningkan kepala, Hansaegee Nature kan ada. 😍
Pakai Sunscreen Berapa Kali Sehari?
Korang tahukan, setiap hari kita wajib pakai sunscreen? Serius ni.. setiap hari tau. Sis dulu pun tak tahu, sama je kita ni. Sis ingat, kalau nak pergi pantai, nak mandi pool atau nak bersukan tengah panas je pakai sunscreen. Rupanya salah! Actually ramai yang tanya, "sunscreen pakai waktu bila?" Ini nak bagitahu cara pakai sunscreen dengan betul. Kena pakai sunscreen setiap hari dan kena re-apply semula selang beberapa jam. Sis akan re-apply setiap 2-3 jam.. especially kalau di luar, mestilah kena reapply sunsreen. Dalam rumah kena pakai sunscreen juga ke? Ya, even dalam rumah pun kena pakai sunscreen tau. Tahu tak cahaya dari mentol lampu, cahaya lampu LED, skrin LED dan telefon korang pun memberi kesan pada kulit. Blue Light dari telefon atau komputer ni boleh tembus kulit dan merosakkan kulit yang mengandungi kolagen dengan menghasilkan radikal bebas tau. Bila dah lama terdedah pada sinaran ni, kulit korang akan mula keluar bintik-bintik gelap, jeragat dan kedutan. Cuba bayangkan sehari berapa lama korang tengok phone? tengok komputer? haa... lama kan? So? Pakai sunscreen! dan jangan lupa re-apply ok!
Berapa banyak jumlah nak pakai sunscreen ni? Syaratnya adalah sebanyak 2 jari anda. Ya, dua jari macam sis letak bawah ni. Ini barulah mencukupi untuk seluruh muka korang. Jadikan pemakaian sunscreen ni rutin harian k. Ibarat memakai baju setiap hari. Cuma yang ni kita tutup muka dari sinaran yang tak baik pada kulit. 😊 Ok!
Sunscreen Yang Tidak Kalis Air, Mesra Wuduk
Kalau korang nak tahu, Sunscreen Aloe Vera dari Hansaegee Nature tidak mengandungi Alkohol, Tiada Paraben, Tiada Silikon, Tiada Sulfat dan Bebes Allergen. Ia juga adalah Sunscreen Yang Tidak Kalis Air, dalam erti kata lain, sunscreen yang boleh basuh dengan air, senang dicuci. Teksturnya sangat ringan, Tidak berminyak dan melekit. Paling penting selepas pakai, tidak meninggalkan tompok-tompok putih atau White Cast. Jadi, disebabkan point-point yang sis nyatakan di atas, ia menjadikannya senang di cuci dan sangat mesra wuduk. Cuba tengok Nova pakai di bawah ni.
Cara Penggunaan :
Selepas membersihkan muka dan rutin penjagaan kulit asas anda, sapukan jumlah sederhana Pelindung Matahari Aloe Vera ini pada keseluruhan muka, sehingga menutup semua bahagian yang terdedah daripada sinaran UV.
3 Kebaikan Utama Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature
✅ Sun Protection ✅ Moisture Skin ✅ Calming Skin
Kandungan Utama
Glycerin, Sodium Hyaluronic, & Allantoin
Content Natural Plant Extract :
Aloe Barbadensis Leaf Juice, Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract, Orchid Extract.
Yang terbaru, Nova join The Amazing Race anjuran pejabat Nova, memang Nova siap2 apply Sunscreen Hansaegee Nature ni sebelum bergerak. Then reapply setiap 2 jam supaya kulit maintain hidrate, tak berminyak dan paling penting terlindung dari sinaran UV. Ini kira paling gigih la Nova buat. Tak kira apapun yang penting, kulit muka sis maintain muda fehlohles gittew.. hahahaha 😋 Jadi korang apa tunggu lagi, jom cecantik berjemaah. Solat jangan tinggal, kulit kena jaga, fikiran kena positif dan minda kena sihat! ok!
Cecepatla dapatkan Sunscreen Aloe Vera dari Hansaegee Nature ni ok! 70ml guys, pakai sikit je sebab dia pekat. Untung banyak beli ni, tahan lebih lama. Kalau korang nak dapatkan produk ni boleh check out link di bawah ni. 👇
🕸Website : https://hansaegee.com/shop
🔘 IG Page : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🔘 Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🔘 Youtube Page : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Cepat-cepat dapatkan segera k!! 💋












3 Comments
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebrp rm tu? mcm best je
ReplyDeleteRM 83 tp ada discount sekarang jadi RM 70
Delete