Tuesday, 27 May 2014

PERCUTIAN KE LUMUT PART 2

Salam,
Ha..ni part 2. Korang mesti tak sabarkan sebab nak tahu apa yang best sangatnya Part 2 ni. hahaha... actually yang best tu adalah perangai anak aku tu... aku rasa kadang2 kelakar jugak budak ni. Bagi aku la kelakar...  sebab ada je benda yang dia buat tu ikut kepala dia je.. 

Kejap je ko besar kan eiman. 

Pagi hari kedua tu aku dan team dari Jabatan di bawa melawat ke Outward Bound di Lumut. Nak tahu apa tu Outward Bound nanti aku buat satu entri khas. Aku rasa tempat tu bagus sangat. Bagus tu pada pemahaman aku la. takper2 nanti aku share.

Petang tu aku rasa penat giler nak rehat je.. malas nak keluar. Aktiviti adalah duduk di pesisir pantai dan mandi kolam.. Macam best jugak kan. Ok ni ha nak share gambar pulak.Aku tak payah buat captionla.. sebab dah tarok belon tu.. hahaha... layan kan jela budak kecik tu ye..







Lepas lakiku sembahyang, kami pun turun di Tepi Pantai depan Hotel tu
Aku pernah baca, dia kata kalau budak-budak main pasir nanti boleh meningkatkan sensory motor 
aku pun belila mainan ala-ala scoop scoop tu..

aku mengajar dia mengorek pasir..


Di pijak pijaknya pasir tu.. memang sensory motor sangat!!

Sudahnya, bila aku leka sikit, di ambiknya spasir tu... NGAPP!!! masuk mulut!

Cantik!

Menjeritla aku.. eiman eiman... takyahla main pasir dah.. jom ke swimming pool jom

Aku malas nak berbasah.. so lakiku jela yang  mandi dengan dia..

Menjerit2 dalam air.. eiman ni memang pantang tengok air...

Ntahla.. dia pun macam dah lupa dah apa yang aku ajar masa kecik.. 
Dah lama tak gi swimming pool kan...

So lepas mandi semua ... kami pun naik la balik ke hotel... dalam pukul 7.

Kalau ada yang nak aku suggestkan makan kat mana.. tengah hari tu aku makan kat sini..



 RESTORAN D WARISAN DI TELUK MUROH LUMUT

Tengah hari masakan dia banyak sangat pilihan.. harga pun ok.


 Hasil tangkapan ikan bilis aku ni ha.. yang laki aku cakap aku tak menyempat-nyempat nak membeli nya..

Haha... puas hati jugakla.. semua ni RM 80 ada kot.

ok... tu la yang best sangat tu.. best tak? hahahaha.. pasni part 3.. lagi best.. rugi kalau tak tunggu...

hahaha

sekian.