Thursday, 23 October 2014

Pengalaman Baru dalam HIDUP di Acara Nuffnang Lovin’ iaitu Dialogue in The Dark

Salam,
Seperti yang dijanjikan, harini aku nak berkongsi pengalaman semasa menghadiri Dialogue in The Dark bersama Nuffnang yang bertempat di The School Jaya One, Petaling Jaya. Aku pergi bersama kawan baikku Nuren. Sebelum aku meneruskan perkongsian ini, mohon agar kawan-kawan bersedia menerima penceritaan yang sangat gelap ini..... sangat gelap... ya.. gelap... hahahahahahahahaha (ketawa seperti Darth Vader).....hahahahhahaha


Diantara hint yang diberikan adalah pengembaraan ke lokasi Cuti-cuti Malaysia, Bandar-bandar di Malaysia dan Kawasan Pantai.. wah... menarik sungguh. Tak dapat bayangkan macam mana la nak terbang ke semua tempat ni.

Selepas bercuti ke serata tempat kami akan dihidangkan dengan makanan yang sedap-sedap di dalam keadaan yang sangat gelap. Bolehke makan dalam gelap ni. Tak pernah rasa.menarik menarik..


Pada hari kejadian, kami tiba agak awal di The School Jaya One. Tak pernah sampai sini. Nasibla ada Waze, senang. Selepas mendaftar kami sempat bersiar-siar sebentar sambil menunggu ketibaan peserta yang lain. So apa lagi tunggu, kami bedua Selfie la dulu kan. 

Di ruang legar Dialogue in the Dark. 
Di bawah tulisan rumi tu adalah tulisan Braille

Bersama tulisan Braille

Peserta adalah dari geng Nuffnang dan geng Churp-churp.
Pesanan: Jangan lupa hashtag ya!

Masih sempat bergambar di merata-rata tempat

Semasa menunggu kumpulan yang pertama masuk ke dalam, mari bergambar di Cuti-cuti Malaysia di Dalam Gelap 

Ada layang-layang, la...

Staff Dialogue in The Dark membuat satu aktiviti untuk kami yang masih menunggu di luar. Peserta yang sporting ni adalah Amanda, matanya akan ditutup dan dia akan berkenalan dengan kami. 

Setelah berkenalan dengan hampir 10 orang, kami akan bangun untuk bersalaman dengan dia. Dan Amanda akan cuba teka nama kami. Dan .. dia berjaya ingat hampir kesemua dari kami. Bravo!!

Peserta kedua yang menutup mata adalah Siew Cheng. Dia pun dapat mengagak dengan tepat. Bravo jugak!
Bagus sangat aktiviti ni, ia merapatkan hubungan kami yang agak malu-malu kucing kerana tidak kenal satu sama lain.

Kemudian, tibalah masanya kumpulan kedua masuk. Ya... aku dan Nuren kumpulan 2. Jadi.. mari ikuti pengalaman kami semasa di dalam gelap. ...

Sebelum masuk kami telah diminta untuk menyimpan telefon bimbit dan beg ke dalam locker yang disediakan.Setelah bersedia, kami masuk ke lorong pertama, masih ada cahaya, kepada yang memakai cermin mata, mereka diminta untuk menyimpan cermin mata ditempat yang disediakan. Wah... apakah ini benar-benar terjadi. Terasa dalam hati, betul ke ni nak berjalan dalam gelap ni. Kemudian kami diberikan tongkat sebagai panduan untuk kami berjalan di dalam gelap.

Sungguh gelap... semakin dalam semakin gelap... sehingga satu masa, pejam mata dan tutup mata pun tiada bezanya lagi. Masing-masing bersiap sedia memegang rakan masing-masing. Aku dan Nuren memegang erat tangan masing-masing. ....


Kami disusun dalam satu barisan 10 orang satu kumpulan. Pemandu arah kami adalah Michelle. Semasa kami berkenalan dengan Michelle, keadaan adalah masih sangat gelap dan Michelle dengan mudah dia berjaya mengingati nama kami semua.

Lokasi yang pertama adalah ke Bukit Bukau kerana deruan angin dan bunyi burung berkicau yang sangat kuat kedengaran. Ohh... "Dimana kita?" tanya Michelle... "Dibukit!!" Jerit kami serentak sambil  tangan memegang baju atau bahu atau apa sahaja yang boleh dicapai diantara satu sama lain. "Ya...kita di Gunung Kinabalu!"... kata Michelle. kami di bawa merentasi titi gantung yang bergoyang dan sangat tinggi. Gayat.. takut semua perasaan ada dan bercampur baur... oh... tak dapat bayangkan aku berjaya mengharunginya.

Kemudian kami bergerak menuju ke Kawasan Air Terjun... kawasan Bandar.. Melintas jalan yang sibuk... ke Pasar.. dan juga ke Pantai... Berjalan di dalam gelap bukanlah sesuatu yang mudah. Bukanlah sesuatu yang pernah aku jalani. Gelap bagi aku adalah hanya semasa tidur, menutup mata. Tetapi, kali ini aku celik. Mataku terbuka dan aku tidak nampak apa-apa pun selain suara.. bunyi... dan  tongkat ku yang sangat aku sayang sebagai panduan. 

Setiap dari kami bercakap dengan kuat, perasaan seperti suara kami takut tidak didengari oleh rakan yang lain.. ataupun takut-takut ditinggalkan oleh kumpulan sehingga sesat di dalam gelap. Oh... begitu sukar!!!

Aku menggapai baju Siew Cheng, sambil memgang tangan Nuren. Siew Cheng adalah peserta yang aku baru sahaja kenal sebentar tadi semasa permainan di luar. Tapi, kami tiba-tiba menjadi akrab sehingga kami berpegangan diantara satu sama lain.

Keadaan masih gelap sehingga kami duduk di bangku masing-masing. Merba-raba meja... meraba kerusi.. meraba apa sahaja yang boleh dicapai agar perasaan selesa untuk duduk dengan tenang. Aku dan Nuren telah terpisah... dia duduk beberapa bangku di sebelah kiri. Kini aku berteman bersama Caryn dan Siew Cheng. Kami berbual panjang, berbual apa sahaja demi memastikan keadaan tidak senyap sunyi. Kerana kesunyian di dalam kegelapan sangat menakutkan. Hampir semua dari kami berbual. Banyak topik yang kami sembangkan, tanpa melihat wajah, riak muka mahupun gerak badan.. tiada apa. Hanya kegelapan.

Buat macam ni pun takpa... kih kih kih

Apabila semua kumpulan telah tiba, makanan di hidangkan...

Menu kami pada malam itu adalah makanan Thai!... kami dihidangkan dengan Tom Yam, Som Tam.. nasi dan Kari. Wah... perut aku lapar sangat malam tu. Meraba-raba sudu.. meraba di mana air.. dimana tisu aku yang diletakkan di atas meja tadi. Makan tomyam udang pulak tu kan, kopek je udang tu dengan tangan, takda ayu-ayu dah!... lepastu hirup kuah tomyam.. mak pedasnya! "Michellee!!!!" jeritku. "Saya nak air lebih! Pedas Michelle!".. panggilku.. "Ya ya! nanti saya datang bawak air!".. jawab Michelle. Entah berapa kali namanya di panggil sejak dari kami kesesatan di dalam hutan, nama Michelle di panggil sampaila nak makan.

Akhir sekali kami diberikan pencuci mulut iaitu ais krim dan buah. Alhamdulillah, walaupun gelap, kami makan dengan kenyang. Setelah semuanya selesai. Kami diminta untuk bermain satu permainan. Iaitu, menyebut nombor 1 hingga 15. Nombor tersebut hanya boleh disebut oleh seorang sahaja.... setelah beberapa cubaan. Akirnya kami berjaya. Kejayaan kami di raikan dengan nyalaan lampu seperti lampu tidur.. 

CAHAYA!!! CAHAYA!!!!.. aku nampak semula!!

Betapa gembiranya hati ini... gembira kerana mataku dapat melihat seperti biasa! Seperti selalu!!

Semasa itulah kami melihat seorang lelaki berkaca mata hitam memegang tongkat berada di tengah-tengah. Itulah Stevens Chan Kum Fai.. lelaki yang mengalami masalah Galaukoma dan buta kedua-dua matanya. Dan beliaulah yang menubuhkan Dialogue in The Dark... dan lelaki yang bercakap bersama kami tadi adalah Steven.. 

Mana Michelle!.... aku mula mencari... 

Michelle...

Michelle juga buta kedua-dua mata...

.... Michelle... dia yang menolong aku semasa aku sesat di dalam gelap..hampir membuatkan aku terasa hiba dan mahu menitiskan air mata. Beliau juga hilang deria penglihatan semasa di awal usia.. korang pun rasa nak nangis tak??? takpe... lap lap...


Aku... sangat bersyukur. Pengalaman ini mengajar aku untuk menghargai penglihatan yang Allah kurniakan pada aku...dan mengenal orang disekeliling bukan pada fizikal tapi pada baik budi pekertinya.. Alhamdulillah. Kami menjadi baik dan akrab dengan Caryn dan Aivee yang duduk bersama di dalam kumpulan 2.


Kumpulan kedua, Amir Nawawi, Caryn, Aivee dan Nuren.
Terima kasih kawan-kawan.

Inilah Siew Cheng dan adiknya Siew Mei 

Bergambar bersama.. kami berkumpul beramai-ramai dan bergambar.
tapi kamera aku tak dapat nak tangkap gambar kesemua kami, mungkin nanti aku boleh kongsikan.

yang ni sempatlah di rakamkan.

Steven, blogger dan staff Dialogue in the Dark

Kalau nak tahu, pemandu arah bagi setiap kumpulan adalah mereka yang telah hilang deria penglihatan. Dan mereka semua sangat baik dan peramah..Terima kasih di atas segala pengalaman yang sangat berharga ini. Banyak yang aku dapat belajar. Pengalaman seperti ini sangat bangus untuk mereka yang mahu menguji tahap keyakinan diri dan utuk menimba pengalaman baru. Nanti eiman dah besar aku nak bawak dia pergi sini. InsyaAllah bagus untuk pengalaman hidupnya.

Pengalaman Nova:
1. Di dalam gelap, aku belajar untuk fokus (3 jam kot bergelap) fokus fokus!
2. Aku belajar untuk mendengar arah suara dan bergerak ke arahnya
3. Aku belajar untuk percaya dan yakin pada diri sendiri
4. Di dalam gelap aku belajar berkomunikasi dari hati ke hati tanpa melihat wajah dan fizikal
5. Aku juga belajar untuk meminta tolong dan bantuan pada rakan sekeliling tanpa ada rasa segan
6. Aku rasa dalam keadaan gelap, ketenangan datang dengan bunyi dari alam semula jadi
7. Apabila makan di dalam gelap, aku belajar untuk mengingat kembali rasa dan bau makanan yang biasa di hidu
8. Makan di dalam gelap sangat susah, kagum dengan mereka yang mampu hidup di dalam keadaan itu selamanya.
9. Apabila lampu dinyalakan, keadaan seperti senyap seketika. Masing-masing seperti tidak pernah berjumpa... kami memulakan perbualan semula dengan senyuman.
10. Thank you Michelle. Wanita yang hilang deria penglihatan, kaya dengan budi pekerti yang baik.

Jadi...
Kalau sesiapa berminat boleh ke website berikut: Dialogue in The Dark

atau terus ke alamat berikut untuk merasai satu pengalaman baru hebat:

Dialogue In The Dark Experience Centre
100- P1-001, The School,
Block J, Jaya One,
72A, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

Atau boleh ke facebook mereka : Dialogue in the Dark Malaysia

Terima kasih Nuffnang! Terima kasih Dialogue In The Dark Experience Centre.
Satu pengalaman yang sangat berguna dan berharga buat diri ini.

Bergambar bersama Jack Saw, Nuffnang Community Team.
Orangnya sangat peramah dan kelakar dan dia ada band. OMG! Sorry Jack! i tercakap. haha



Last but not least,
Tq besties! Emuah!

Sekian.

Terima kasih kerana membaca!