Friday, 16 January 2015

MELAWAT FARM IN THE CITY @ PETTING ZOO DI SERI KEMBANGAN

Salam,
Harini aku nak berkongsi pengalaman semasa kami sekeluarga melawat ke Farm in The City atau juga dikenali sebagai Petting Zoo yang terletak di Seri Kembangan Selangor. Lokasinya sangat mudah untuk dicari jika menggunakan Waze. Ha, apa nak susah-susah cuma taipkan Farm in The City je, jalan ke sana akan tersedia untuk anda. hihi.. 

Jadi, haruslah aku akan menceritakan pengalaman yang aku dan eiman dapat sepanjang berada di sana. Perlu diingatkan bahawa cerita ini merupakan perkongsian gambar-gambar yang sangat banyak sepanjang kami di sana sehingga anda merasakan seperti anda juga menjelajah ke Petting Zoo ini bersama kami haha...mih mih mih.. agaga.. Ok tanpa membuangkan terlalu banyak masa menulis dan berceloteh... jom kita ke Petting Zoo!..jom!


Tempat letak kereta adalah luas, tapi kawasan tanah tiada simen ye.. kalau musim hujan boleh lecak. Sebelum aku pergi, aku dah siap2 tengok cuaca di serdang macam mana pada hari itu. Kalau ikutkan cerah dari pukul 12 sampai 3 petang, lepas pukul 3 ptg hujan pulak. Aku sampai pukul 12.30 elok sangatla tu cuaca sangat cerah.. cuma panas tu kene standby payung jela. 

Ni suami aku dengan eiman, memang bawak stroller, tak larat nak mendukung 

Tiket kaunter kena jalan lagi ke bawah, tapi sebelum sampai ke bawah ada satu kandang burung unta, hihi apalagi. Kita bergambor la dulu ye.

Ha.. ada sign board Farm in The City di gantung atas batang pokok.. memang lawa kalau ambik gambar kat sini.
Takpe-takpe kita simpan dulu untuk penutup balik kang.

Ini lah kaunter tiketnya. Dewasa RM 30, untuk bawah 3 tahun tak payah bayar. Anak aku baru 2 tahun jadi masuk free jela kan.

Bagi yang bawak stroller jangan runsing memang ada jalan turun yang tak bertangga... tengok je sign board ni ok.

Menuju ke tempat binatang-binatang itu.. yehuu... sebenarnya aku yang excited nak pergi sini. haha, aku kan suka binatang. Laki aku tu layankan je bini senget dia ni.

Binatang pertama adalah kura-kura gergasi. Mak terkejut sangat binatang ni peramah sangat ooi.. boleh je usik-usik kepala ke.. usik cengkerang ke.. dia buat rilek je.. takpun kalau kura-kura ni rimas dia berjalan terkedek-kedek lepastu kena angkat balik ke tengah dengan penjaganya. Ha, pastu tengokla kat tangan aku tu ada gelang kertas kuning, itu pass masuk tu.

Anak aku eiman memang takut sangat dengan kura-kura ni. Sebab tu dia asik melekat je. Tapi dia kenal haiwan ni, asik sebut "Turtle! Turtle!" sebab ada lagu kat youtube, kura-kura tu makan sabun sambil buat bubble. Bagus-bagus nah tengokla turtle ni secara live ahh!

Boleh kasi kura-kura ni makan sayur. Eiman duk melekat je sebab takut dengan kura-kura besar ni.

Ni ada jugak kura-kura yang duduk dalam kandang dia.

Kura-kura ni tah berapa la umur dia, mesti dah tua sangat. Glamer sangat! Semua nak bergambar dengan dia.

Dalam kandang ni pulak kura-kura kecik namanya Elongated Tortoise

Dalam kaca tu semua ada turtle jenis tinggal dalam air 

Ha.. ternganga je.sehram!

Alligator Snipping Turtle

Kemudian, ada poney pulak.. poney ni adalah binatang peliharaan kerabat di Raja Selangor

Olololo... comei sangat!

Poney yang ni macam tak sihat je... asik terbaring je

Kemudian kami ke kandang Meerkat pulak, yang macam dalam cerita Madagascar tu

Ha.. yang ni dia berani la, dalam sangkar kaca

Comel-comel je meerkat ni. Meerkat ni tak boleh kasi makan, agaknya sebab dia bukan binatang jinak kot

Nah, siapa suka horse riding boleh tunggang kuda ni buat satu pusingan. Tak perlu bayar, cuma perlu beratur je. Kalau cuti hujung minggu panjang la sikit beraturnya.

Lepastu, kalau nak naik pun kena ada ukuran ketinggian dia. Anak aku memang tak lepas nak naik lagi.

Di tengah-tengah tu pula ada pertunjukan binatang seperti burung dan ular. Kanak-kanak sekolah la paling excited siap duduk depan-depan nak tengok burung tu ikut arahan.

Aku tak lama pun, kalau boleh memang aku nak tunggu layankan.. tapi laki aku mana suka binatang-binatang ni,tambah pula kena berdiri sesak2 ni. Cepat je dia pergi ke depan. So aku kena skip yang ni.

Seterusnya,  Raccoon... binatang ni pun dalam sangkar kaca

Gemuk gebu dia.. sihat cukup makan ni


Eh eh.. manja-manja lak

Aku suh eiman pose satu untuk tatapan awek di luar sana. hihi

kami jumpa kandang poney lagi.. busuk jugakla kuda padi ni

Dah masuk dah.. tempat yang aku tak berapa suka.. haiwan reptilia.. eww duduk jauh-jauh je. Tak nak aku pegang binatang ni oii.

Telur apa tah besar ni, telur dinosour kot

Ada la segala mak nenek labah-labah, kala jengking, katak dan segala mak nenek dalam kaca belakang tu

Setakat tu je termampu aku nak rapat.. pegang idok ler kome!

Comel je kura-kura kecik ni

Dah penat aku mengkendong budak ni, sekarang baru nak turun sebab dah jumpa haiwan kegemaran dia tu.. Rabbit

Prairie Dog pun ada.. cute je. Mana tah gambarnya

Lepas panjat tengok arnab, panjat tengok anak ayam pulak. Teringat masa kecik dulu.. aku suka sangat beli anak ayam yang ada warna-warna tu. Tapi bila dah membesar sikit color dia pun hilang.

Ok, next yang ni Skunk. Tapi skunk yang ada kat sini tengah tidur dan warnanya pun bukan hitam tapi putih

Sedap je ko tidur kan! Aku teringat binatang ni masa tengok cerita bugs bunny ke tazmania, skunk ni keluarkan bau bulu ekor yang busuk. Tapi haritu macam tak busuk je pun.

Kemudian, kita singgah pula ke sangkar burung... wah! Bestnya anak aku dah jerit-jerit BIRD BIRD!


Nama omputih dia Otter, nama melayu Memerang


Ular Sawa Albino

Banyak betuk spesis kura-kura  kat sini

Berehat ambil gambar dulu.. hihi

Comel je budak tu ahh

Burung hantu ni sangat menakutkan serius.. dia boleh je pandang tak kecip-kelip mata. Macam ahli sihir je

Yeay turun ke bawah pula, ada kolam dan boat. Suka sangatla eiman dengan Boat sebab dia selalu nyanyi lagu Row-Roe your Boat tu...


"Mummy... Boat!".. sambil menunjuk ke arah bot yang tersadai itu.

Ha... ni apa? betul sang kancil. satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk!

Jom bergambar dengan sang kancil!

Next...

Baru aku tahu yang muka Landak/Porcupine ni sangatlah comel! Rasa nak cium pipi dia je dek kecomelannya

Landak sedang beristirehat

Monyet kecil... tah apa nama dia. Mata dia sangat merah garang ok!

Ok ... ayam serama pun ada


Next, Fish Feeding. Kita boleh ambik semangkuk bekas yang telah diisikan makanan ikan untuk diberikan kepada ikan-ikan ni

Bersepah-sepah ikan dalam kolam ni. Banyak sesangat! Eiii geram sangat!

Jom bergambar dulu

eh.. ada angsa cantikla kat tepi tu

Siapa paling excited bagi makan ikan?.. haha..
Perasan tak kat belakang tu adalah lokasi bot yang aku bergambar tadi..

Ha... saja je tangkap gambar swan ni.. cute sangat sangat! Rasa cam nak bela sekor kat rumah

Longkang Fishing pun ada

Anak aku lebih berminat untuk mengejar dan menangkap arnab.. isk isk..


Teringat kat Jojo di rumah kampung... ahh rindu la

Nah... boleh berlongkang fishing k


Ayam Belanda kan ni kan?


Yeay Goat!

kasik makan kambing la


Rusa pun ada

Kambing besar giler!

Serius takut la kambing ni asik merayau-rayau kat tepi kita mintak-mintak makan.. takut mak

Rusa yang comel

Its a kangaroo bebeh!

Rasanya kangaeroo ni jinak kot.. aku je tak berani nak pergi dekat-dekat

Kemudian, ke kolam itik. Aduh kiut-kiut je itik ni. Macam dalam cerita kartun tu.. boleh bagi makan lagi haa..

Risau je aku tengok anak aku tu,  takut dia nak terjun dalam kolam tu mandi dengan itik.. haha

Comel kan itik-itik ni




Dalam sangkar tu aku jumpa ayam ni. Smart giler rambut dia.. nak cakap burung ke ayam pun tak tahula. Comel kan?


Bewak

Ular atas kaca ... atas kepala je.. auuhh.. sehram!

Kolam kura-kura..

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan kami di Petting Zoo ini.. boleh print gambar dengan menyerahkan coupon yang diberi semasa mereka ambil gambar kita tadi.

Kalau lapar dan dahaga boleh singgah cafe yang ada di dalam Zoo ini

Bangunan Cafe

Nah nah.. order order!

Cafe ni sebelah trek horse riding je.. tapi kena lalu ikut atas la. tak boleh jump over ke bawah.

Tadaa.. seperti yang dijanjikan. Meh bergambar depan pintu masuk Farm ini The City ini

Eiman dapat sijil tu


Kat luar tu ada pet shop.. jual kucing. Tapi kucing yang ni bukan untuk dijual. Rare sangat!


Kedai cenderahati. Terdapat pelbagai cenderahati boleh didapati di kedai ini.




Memang comel sangat owl ni. 

  Ok.. itulah dia perjalanan/pengembaraan kami semasa di Farm in The City / Petting Zoo Seri Kembangan beberapa minggu yang lalu. Sangatlah best! Nanti nak datang lagi bila eiman dah besar sikit. 

Sekian. Thank you for reading guys!! Datang lagi ye!