Salam semua,
Terbaru sekali Nova nak memperkenalkan Joielle Baby Care. Produk untuk bayi dan kanak-kanak yang istimewa. Kenapa istimewa? Istimewalah sebab semua yang diperlukan oleh anak ai dari kepala sampai kaki ada di Joielle Baby. Lagipun semua produk Joielle Baby ni telah diuji secara dermatologi oleh Badan Pensijilan Eropah, Harlan Lab Ltd. Kalau nak tahu Joielle Baby telah berada di pasaran selama 4 tahun. 😄
Joielle Baby diperkaya dengan Vitamin E, lidah buaya dan menggunakan kebanyakan dari bahan-bahan semulajadi. Baunya harum sangat disamping itu, ia berfungsi untuk memperbaiki dan menyembuhkan kulit bayi especially bagi anak yang mempunyai masalah ekzema atau ruam. Paling penting, ia bebas dari S.L.S, paraben dan steroid. Rangkaian produk Joielle Baby telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mendapat pensijilan Halal oleh JAKIM. Yey!
Buat pertama kali ni, Nova dapatkan Set Newborn berharga RM 199 dan ada 6 barang best dalam box ini. Kalau nak buat jadi hadiah kawan yang baru dapat baby pun elok juga, dah ada siap-siap dalam box yang comel. Barang sangat esklusif you all! 👌
Untuk pengetahuan korang, Joielle baby ni diperkaya dengan Vitamin E dan Aloe Vera, Dibuat dari bahan semulajadi, Berbau harum sambil membaiki dan menyembuh, serta bebas dari bahan kimia merbahaya.
Produk Joielle Baby ini sememangnya diperkaya dengan Aloe Vera dan Vitamin E. Bahan ini bertindak sebagai antiviral, antibakteria, dan mempunyai sifat penyembuhan. Ia juga membantu memulihkan dan memberi nutrisi yang berterusan kepada kulit kita. Selain itu, ia juga mengandungi Minyak Kelapa Dara untuk membantu dengan merawat jangkitan yis. Ia menyediakan asid kaprilit, yang mempunyai keupayaan untuk menghindari bakteria berbahaya dan membantu menghilangkan kelebihan candida albicans.
Adik memang pantang nampak Joielle Baby Cream, dia suka sangat bau dia setiap hari nak sapu tangan kaki dia dengan cream ni. Sangat sesuai untuk anak-anak yang mengalami masalah ruam panas dan ruam susu. Senang sahaja nak pakai, picit sedikit dan sapu rata pada kulit.
Kebaikan Joielle Baby Cream:
1. Sesuai digunakan untuk kegunaan harian
2. Membekalkan kelembapan sepanjang hari kepada bayi anda
3. Bebas dari bahan kimia berbahaya
4. Berasaskan dari bahan-bahan semulajadi
5. Diuji secara klinikal
Kemudian, kalau nak pergi mandi je, mesti adik pergi cari Joielle Baby Bath dan Joielle Baby Shampoo. Joielle Baby Bath sangat sesuai untuk membantu menyelesaikan masalah Ruam Lampin, Eczema Gatal-gatal dan berair atau kering mengelupas, Ruam Panas, dan Ruam Susu. Joielle Baby Shampoo pula membantu menyelesaikan masalah Kerak Kepala “Infantile seborrheic dermatitis”, yang juga dikenali sebagai ‘cradle cap’.
Kebaikaan Joielle Baby Bath:
1. Sesuai digunakan untuk kegunaan harian
2. Diperkaya dengan khasiat Alor Vera dan Vitamin E
3. Membantu mengembalikan kelembapan kulit bayi anda
4. Membantu membaiki struktur kulit
5. Berasaskan dari bahan-bahan semula jadi (Diuji secara klinikal)
6. Mengandungi wangian yang dapat memberi kesan ketenangan kepada bayi anda
Kebaikaan Joielle Baby Shampoo:
1. Sesuai digunakan untuk kegunaan harian
2. Memberi kelembapan kepada kulit bayi anda
3. Berasaskan dari bahan -bahan semula jadi (Diuji secara Klinikal)
4. Diperkaya dengan khasiat Alor Vera dan Vitamin E
5. Bebas daripada bahan kimia berbahaya
Seterusnya adalah Joielle Baby Oil. Bagi Nova, baby oil ni satu keperluan bagi anak-anak. Nova selalu letak baby oil dekat rambut, buat sapuan pada badan selepas mandi. Bukan anak je pakai, mummy daddy pun pakai. Letak kat rambut. Selepas cuci rambut anak-anak sapu Baby Oil ini pada kulit kepada dan ia membantu bagi bayi yang mempunyai masalah Kerak Kepala “Infantile seborrheic dermatitis”, yang juga dikenali sebagai ‘cradle cap’.
Kebaikaan Joielle Baby Oil:
1. Membantu menghindarkan dan membersihkan kupin kepala bayi anda
2. Mudah diserap oleh kulit
3. Membantu mengembalikan kelembapan kulit bayi anda
4. Diperkaya dengan khasiat Alor Vera dan Vitamin E
5. Sesuai digunakan sebagai minyak untuk mengurut bayi anda
Ni ha Fatimah baru lepas mandi, tengah sapu Baby Oil kat rambut sebelum sikat. Dia nak buat sendiri tak nak mummy daddy tolong 👍
Joielle Baby Lotion ni sesuai digunakan setiap hari, Kalau kulit bayi anda sensitif, anda boleh sapu Joielle Baby Lotion ni setiap hari. Kulit bayi akan jadi lembut dan bayi pun akan selesa.
Sebelum pakai baju tidur, kita sapu lotion pada kaki dan tangan adik. Adik memang ratu lotion. Sememangnya baunya segar dan harum tapi tak terlalu kuat pun. Ada macam bau talkum. Ai suka! 👌
Akhir sekali Joielle Baby Chest & Tummy Rub. Anak kembung perut dan selalu menangis? Ha, sebabtu lepas mandi dan sebelum tidur kena sapu dulu Joielle Baby Chest & Tummy Rub. Selapas urutkan bayi anda dengan Joielle Baby lotion, sapukan Joielle Baby Chest & Tummy Rub pada bahagian dada perut dan bahagian belakang badan bayi. Ia amat sesuai digunakkan sebagai kegunaan harian dan boleh disapu pada bila bila masa mengikut keperluan anak anda.
Bau Joielle Baby Chest & Tummy Rub sedap. Teksturnya tak terlalu pekat jadi senang sahaja nak sapu perut, dada dan belakang. Tak berangin dan tak panas. Anak selesa sahaja selepas sapuan dibuat.
Masa ni Nova sapu selepas adik buang air besar. Agar perutnya tak kembung.
Kesimpulannya dalam 6 produk yang Nova cuba, paling suka adalah..... semua guys. Sorry tak boleh decide. Sebab bagi Nova, produk Joielle Baby ni semuanya best, premium, packaging lawa dan bahan yang digunakan selamat. Lulus KKM dan Halal lagi. Baby suka mak pun suka. Jangan lupa, Newborn set tadi boleh dijadikan hadiah tau.
Bestkan? Kalau anda juga mahukan Produk Joielle Baby ataupun Set Newborn ini (berbaloi), anda boleh dapatkan di Penjagaan Ibu, Mid Valley Megamall, Happikiddo, Citta Mall Outlet, Babyland SS2, Pick A Dress (Airul Khairiyah), Bangi, Tateh, Babyku, Moms House Baby Shop, Fabulous Mom dan Marissa Shoppe. Atau anda boeh dapatkan secara online di Laman Web : https://www.joiellebaby.com/
Ada berita baik untuk anda semua, gunakan kod "nova05" untuk diskaun 10% semasa anda checkout ya!
Anda juga boleh menghubungi Joielle Baby pada laman sosial berikut :
Facebook : https://www.facebook.com/joiellebaby/
Instagram : https://www.instagram.com/joiellebabyhq/
Distributed By:
Sipro (M) Sdn Bhd, Lot 7, Jalan Teluk Gadung 27/93, Seksyen 27, 40400, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel: +6018-2156676 / +603-51911788
Email: joiellebaby [at] gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/joiellebaby/
Instagram : https://www.instagram.com/joiellebabyhq/
Distributed By:
Sipro (M) Sdn Bhd, Lot 7, Jalan Teluk Gadung 27/93, Seksyen 27, 40400, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel: +6018-2156676 / +603-51911788
Email: joiellebaby [at] gmail.com
Ok guys, terima kasih sudi singgah.
Bye, tata.






1 Comments
bagus produk yg mcm ni.. packaging pun cantik
ReplyDelete