Sunday, 22 February 2015

Makan Malam di Restoran Singgah Selalu Danga Bay, Johor Bahru

Salam,
Holla semua,malam ni aku nak sambung lagi cerita berkenaan percutian aku di Johor Bahru. Malam setibanya kami di JB, kami terus checkin dan keluar makan di Restoran Singgah Selalu yang terletak di Jalan Skudai, Danga Bay. Perut pun dah lapar malam tu sebab tak singgah mana-mana lepas shopping di JPO tu kan.

So, bagi aku yang menariknya di sini adalah konsep restoran ni yang ada pelbagai jenis makanan. Nak tengok apa?... jom layan....

Anak dan mak... ada cam adik beradik tak? wakakaka



oh ya, sebelum tu meh tunjuk sikit lokasinya... ikhsan dari Google


Saat kami melabuhkan diri di bangku, kami terus didatangi oleh penjual makanan di sini, ramailah jugak sampai 4 orang datang bawak menu macam2. Kira gerai-gerai kecil dalam restoran ni la. Ada yang ku ambil ada yang ku tepis.. tak termasuk lagi main menu dari singgah selalu.  Inilah hasilnya.. ada 2 jenis pembuka selera yang di order..

Otak-otak

dan Tako.. pretty good la kedua-duanya.

Abang driver saya yang sentiasa bertabah memandu..chayok abang!

Anak ai yang dah nampak moody dan kepenatan di situ ye..

Makanlah otak-otak tu dulu ye sayang

Dan ibuku yang tersenyum girang.. seronok bercuti kali ini katanya. Yerla percutian mengejut tak dirancang memanglah paling seronok. hihi

Ada juga BBQ & Steamboat Buffet di sini

Meriah sungguh dengan lampu neon yang memancarkan cahaya merah

Mak dan husben ai sedang menikmati makanan... sedap kan sedap kan..

Eh...selfie satu

Taraa... ni mak aku order ABC Special 

Erm.. mak happy ai pun happy

Kueteow Ladna ni aku kongsi dengan mak.. sebab besar dan banyak, Ada sotong ayam semua haiwan ada dalam tu

Nasi dan sup untuk Eiman. Ni sup ekor ni... tapi lupa daa nak suruh buat jangan pedas.

dan juga Nasi Goren for my hunny.

Lpeas eiman makan, aku bawak dia main di dalam bilik yang ada banyak bola. Kemain seronok dia main bola sampai tak sedar aku tinggalkan dia dengan mak je. hahaha.. dah lama sikit baru dia perasan dan mencari aku. haha..

Alhamdulillah, setelah perut pun kenyang kami menuju ke downtown JB untuk membeli sourvenir dan aku pula nak cari tudung.. dah berapa hari pakai tudung sama je daa... ok. Sampai di sini. Akan ku sambung dengan cerita makan mee rebus tulang yang awesome di kempas.

Thank you for reading ya! Sekian.

Travelogue Percutian ke Selatan :