Salam,
Seterusnya...kami meneruskan perjalanan menuju ke Selatan iaitu ke Johor Bahru. Sebelum itu, kami singgah dulu di JPO untuk bershopping dan makan tengah hari. Perjalanan dari Melaka ke Johor Bahru mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Sepanjang perjalanan tersebut, eiman memang duduk di atas pangkuan aku. Pergh nak tercabut jugak pinggang ni rasanya. Mujurlah dia tido setengah jalan tu, kalau dia lompat-lompat je ... aduh... tak dapat aku bayangkan. Di johor. selain singgah di JPO, kami ke Restoran Singgah Selalu yang sangat famous amous tu, dan berjalan sekitar JB menikmati pemandangan malam. Aku memilih unuk menginap di The Embassy Hotel and Service Apartment. Hotel 3 bintang...
gambar diambil dari laman web comparehotels123.com
Kalau nak cakap selesa sangat tu, erm.. bolehlah sebab 3 bintang je kan dan harganya tak mahal sangat dalam RM 200 semalam. Ada satu katil Queen size dan satu single. Sesuailah untuk kami berempat. Pagi esoknya aku sempat juga tangkap gambar barang-barang yang kami shopping di JPO petang semalam. Nak tengok? jom...
Kasi chance mak bergambar di dulu
Adalah beli sikit-sikit, kasut ai pun dah lama tak berganti kan...
Selfie dengan mak
Ho yee... part ni paling menarik bila buka plastik beg yang kita dah shopping tu. Actually H&M ni beli kat Melaka, shopping Mall sebelah hotel Hatten tu. Yang lain beli kat JPO. Not bad la jugak harganya kan sebab banyak dapat 50%.
Coklat pun beli walaupun harganya tak semurah di Langkawi. Oh ya baju I love JB tu beli kat Down Town JB.. best jugak jalan-jalan situ.
Eh... ada budak tu dah bangun pagi masa aku ambik gambar ni sambil buat Peace lima jari pulak tu.
Lepas mandikan eiman, kami turun untuk bersarapan di Hotel ni. Makanannya tak banyak dan tak berapa nak menarik sangat. Tapi sesuaila dengan harga yang dibayar kan. Muka mak macam tak happy sangat ni.. sebab tak banyak pilihan makanan.. hihihihi
Tempat makan dia sebelah counter pendaftaran je..
Masa ni keluarga aku je yang bersarapan di sini, tak nampak family lain.
No wonder mak tak happy.. hahaha
Mak nak bergambar dekat pasu bunga katanya
Daddy pun nak bergambar kat sofa katanya
Berehat di Lobi sebentar sambil baca surat khabar
Eh... nak jugak!
Ermm...dalam pukul 12 tengah hari kami check out dan meneruskan perjalanan mencari makanan tengah hari dan pulang ke KL...
Tapi sebelum meninggalkan Johor Bahru, kita sambung shopping dulu di sini.. Free Duty Zone.. JB
The Zone ni nampaknya macam banyak kedai tak buka, menurut apa yang salesgirl tu cakap, Berjaya tengah buat renovation. Erm.. harga barang di sini biasa-biasa je, coklat tu... nak kata murah sangat takdala tapi boleh tahanlah. Budak ni pulak seronok main motor elektrik bayar RM3 kalau tak silap.
Eh... haa.. mak dah happy balik. Ok apa lagi mak jom shopping mak jom!
Menikmati deruan angin kuat dan pemandangan lautan yang memisahkan JB dan Singapura.
ehh.. dah habis....hahaha
ha... seterusnya perjalanan kami menuju ke Restoran Sup Tulang ZZ yang terletak di Kempas. Rugi kalau tak cuba Mee Rebus Johor kan.. so, nantikan kemunculan post seterusnya iaitu Makan Malam di Restoran Singgah Selalu JB dan Restoran Sup Tulang ZZ.
Thank you korang kerana sudi menyinggah di sini.
Sekian.
Travelogue Percutian ke Selatan :
Bercuti dan Menginap di Hatten Hotel, Melaka
Selera Makanan Laut di Umbai Medan Ikan Bakar, Melaka
Bercuti, Bershopping dan Menginap di The Embassy Hotel and Service Apartment Johor Bahru
Mee Rebus Tulang di Restoran Sup Tulang ZZ, Kempas Johor
Makan Malam di Restoran Singgah Selalu Danga Bay, Johor Bahru
Travelogue Percutian ke Selatan :
Bercuti dan Menginap di Hatten Hotel, Melaka
Selera Makanan Laut di Umbai Medan Ikan Bakar, Melaka
Bercuti, Bershopping dan Menginap di The Embassy Hotel and Service Apartment Johor Bahru
Mee Rebus Tulang di Restoran Sup Tulang ZZ, Kempas Johor
Makan Malam di Restoran Singgah Selalu Danga Bay, Johor Bahru

























Novaleeza's Social Media