Assalamualaikum semua, dan Salam Sejahtera. Hari ini Nova nak kongsi tips bagaimana nak nampak muda dari usia sebenar. ha.. Nova nak buka rahsia, sebab selalu orang jumpa Nova salah teka umur ai kan. Selalunya memang cakap ai nampak few years muda dari usia ai. wakakaka 😂 Tak kiralah nak cakap masuk bakul angkat sendiri pun, yang penting bukan seorang dua tau.. ramai kot yang cakap ai tak nampak macam umur sebenar. 😛 Ini betul punya tips, yang korang boleh cuba mana yang korang rasa boleh buat. Ok.. pertama.......
Kawal Berat Badan
Ya, Nova letakkan nombor satu sebab ini adalah faktor utama dalam menentukan usia kita. Tampak muda bukan sahaja dari rupa ya, nampak muda luar dalam. Kalau korang timbang berat yang ada kiraan umur berdasarkan lemak badan, tulang, otot... akan ada juga kiraan umur. Perasan tak? Ke tak pernah timbang? hahaha... pandai-pandailah Google ya pasal kiraan umur ni. Aku explain kang 20 hari tak habis. Ok berbalik pada cerita, memang betul, berat badan kena jaga, bila terlebih berat badan... anda akan nampak tua dari usia bebeh. So kena maintain berat dalam julat sepatutnya Normal Weight omputih cakap. Bukan Overweight atau Obese. Nak nampak muda, jaga pemakanan anda, jaga berat badan. Buatla macam mana pun nak exercise ke nak puasa ke.. janji berat badan terkawal k.
Penjagaan Kulit Muka Yang Baik
Ini kedua penting. Penjagaan kulit muka yang baik penting sebab apa? Sebab kalau benda pertama yang orang akan pandang adalah muka anda, bukan kaki bukan tangan bukan telinga. 😄 Muka ni termasuklah mata telinga hidung bibir pipi semua. Nova akan pastikan Nova mengamalkan rutin penjagaan kulit siang dan malam. Wajib pemakaian Sunblock ketika di dalam dan luar rumah. Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari, siang dan malam. Pakai serum, pakai moisturiser dan apa-apa yang patut. Nova dah amalkan penjagaan kulit muka ni sejak berumur 20an, jadi kulit muka masih maintain kurang kedutannya. Lagi awal lagi bagus kaedahnya ah gittew. Ingat tiada perempuan yang tak cantik, kecuali perempuan yang malas. Muah 😍
Kesihatan Emosi dan Mental
Nova boleh cakaplah tekanan emosi pada zaman ini agak membimbangkan. Bayangkan ya, budak-budak muda sekarang pun sudah banyak yang alami tekanan, depression yang teruk. Media sosial sekarang ni, kalau tak digunakan sebaiknya boleh menjadikan kita mengalami tekanan. Selain itu Pandemik Covid-19, duduk je kat rumah.. tak keluar2 tak ke rasa macam nak mental je kan. Pastikan, kesihatan emosi anda baik ya, kalau sedih tertekan.. cepat2 rehat dulu cari cara untuk bantu kurangkan tekanan atau kongsi dengan orang yang anda percaya. Senang cerita kestabilan hormon ini sangat membantu mengekalkan momentum badan kekal cergas, nampak muda. Senyum.. zikir selalu. ha.. u get it kan?
Circle Positif Kekal Positif
Ini penting, kenapa kena ada circle positif? sebab circle yang baik akan menjadikan kita selalu gembira. Peranan keluarga, kawan-kawan sangat penting dalam hidup kita, kita bukan hidup di dunia ni sendiri. Kita kena berkawan, berkeluarga.. kalau anda rasa ada toxic dalam hidup, cuba jauhkan diri.. kekal positif. Sama macam kesihatan emosi dan mental, circle positif mengurangkan tekanan hidup seseorang. Circle Positif membantu kita sentiasa ingin maju ke hadapan, selalu berfikir yang baik-baik, menjadi orang yang lebih baik. Ok 💪
Penampilan Diri Yang Bersih dan Kemas
Actually, ini adalah nombor awal2 penting kalau diikutkan, tapi Nova letak No. 5. Penampilan diri sememangnya wajib anda jaga kalau nak nampak muda dari usia sebenar. Ok camni korang bayangkan, rambut panjang, baju tak basuh dan berbau.. nak tengok nak dekat pun orang tak suka. Ye tak, so camana nak nampak muda? Nak nampak muda kena ada sikap bersih, kemas wangi. Islam juga mengajar kita untuk bersikap begitu. Kan kan. Selain itu, Nova juga mempraktikkan pemilihan pakaian yang sesuai. Baju kena pilih yang sesuai dengan usia. Makeup juga kena ada biarpun sikit bedak, eyeliner, mascara, pemerah pipi, highlight dan gincu. ehh banyak pula 😝 hahaha
Amalan Pemakanan Yang Baik & Makanan Sunnah
Nova suka makan madu. Dah lama sangat makan lupalah sejak bila. Rasa macam awal 20an juga. Nak cakap aku ni pandai jaga makan tidak juga, itu normal ada up and down. Portion nasi ai memang half, dah amal sejak dulu. Makan buah-buahan, madu, minyak zaitun.. apa lagi.. Namun, zaman canggih sekarang ni, untuk yang selalu terlupa nak cepat je kan, boleh amalkan makanan tambahan yang senang. Ini Nova rekomenkan pada korang semua. Ada dua makanan tambahan yang baik untuk badan iaitu AFYAA HAYYIBA dan AFYAA RYNDU. Produk AFYAA ini semestinya HALAL dan Kualiti Premium. Kalau nak tahu pengasas produk AFYAA ni adalah pakar bedah ortopedik Malaysia yang menjadi rakyat Malaysia pertama yang pergi ke angkasa lepas iaitu Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. 😊 Meh kita terangkan sikit dua produk istimewa ni.
AFYAA HAYYIBA
HAYYIBA diformulasi dengan 8 ramuan untuk mengekalkan kesihatan. Kandungan Hayyiba adalah Thymocid® Ekstrak Habbatus Sauda | Polypeptide-k (PPkTM) Ekstrak Biji Peria | Ekstrak Gymnema Sylvestre | Ekstrak Kayu Manis | Ekstrak Mengkudu | Ekstrak Misai Kucing | B-Kompleks | Kromium. Baguskan sebab ada ramuan sunnah iaitu Habbatus Sauda. Ekstrak Biji Perianya pula buatan Malaysia yang dipatenkan di 153 buah negara tau. Bagusnya pasal Hayyiba ni adalah dia boleh meningkatkan imuniti, stamina, mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan secara kita menyeluruh. Produk ini sesuai untuk lelaki mahupun perempuan.
Cara Pengambilan -
Ambil 1 bungkus sehari. Habiskan semua setelah bungkusan dibuka.
AFYAA RYNDU
AFYAA RYNDU adalah istimewa bagi Nova. Kenapa istimewa? Tujuan utama untuk kesihatan kulit. Ramuannya adalah kombinasi terbaik dari dunia barat dan timur. Dengan mengamalkan AFYAA RYNDU, anda akan mendapatkan hasil seperti kulit bersinar, mengekalkan keanjalan kulit, melindungi dari sinaran UV, menggalakkan kesihatan kulit dan melawan radikal bebas. Ramuannya adalah untuk menjadikan anda cantik, lawa berseri.. ahh gittew. Kita detoks kulit kita. Detoks kulit bermaksud menjaga kulit; termasuklah keadaan dalamannya. Ia juga bermaksud membuang kekotoran, toksin, bahan pencemar, sel kulit mati untuk menyegarkan kulit anda agar tampil lebih sihat.
Kandungan AFYAA RYNDU
Kandungan Utama adalah Red Orange Complex dari Itali. Red Orange Complex ini akan membantu meminimumkan sensitiviti kulit, mengurangkan kemerahan dan hiperpigmentasi serta membaikpulih penampilan kulit. Bahan utama yang kedua, Ekstrak Yis Torula dari Jepun. Ia mengandungi keupayaan untuk mencerahkan kulit, menggalakkan penghasilan kolagen, merencat penghasilan melanin dan melawan radikal bebas. Seterusnya adalah Ekstrak Biji Anggur, Superoxide Dismutase (SOD), Vitamin C dan Zink Sitrat.
Ok, banyak dah tips yang Nova dah kongsikan dengan korang. Actually ni bukan tips juga, ini rahsia Nova kekal nampak muda. wakaka.. napa tak percaya ke orang cakap ai nampak muda dari usia... ok jap let me show you.
So untuk Produk Premium; AFYAA HAYYIBA dan AFYAA RYNDU yang HALAL, BERSIH dan SIHAT, korang boleh dapatkan maklumat lanjut di pautan di bawah ni ya.
AFYAA Official Facebook page: https://www.facebook.com/afyaaofficial
AFYAA Official Instagram: afyaaofficial
Terima kasih sudi singgah. Bye.









1 Comments
I recommend Origin mattress also, read quite a lot of good reviews about it:
ReplyDeletehttps://www.zazaazman8.com/2022/02/OriginMattressReview.html
https://www.rebeccasaw.com/origin-mattress-malaysia-review-good-quality-comfortable-and-affordable/
http://www.malaysianflavours.com/2020/11/origin-hybrid-mattress-12-reasons-why-we-choose-it.html