Salam, Yehuu guys. Entry pertama tahun 2022. Dah berbulan aku break myself from blogging and social media pun.. sikit2 je update. You know guys, pandemic COVID-19 sangat-sangat memberi impak kepada kesihatan mental dan fizikal ku. Dengan berat hati juga aku ambil keputusan untuk break sekejap dari ambil blog review dan update sharing selepas berbincang dengan husband. Thank you husband sebab beri sokongan yang banyak pada aku semasa aku betul2 memerlukan perhatian. Yerla bukan senang tau nak handle rumah, kerjaya, anak-anak, proses pindah rumah lagi.. dalam masa yang sama. Setahun aku cuba bertahan.. tahun kedua aku penat guys. I really2 had to take a break sehingga aku rasa semangat aku dh pulih untuk terus berblog. Gila sedih, blog ni kan aku punya minat dan cintaku. Mana mungkin aku nak tinggalkan. So.. here i am again. Please pray aku akan terus kuat untuk berblog semula ya! Memandangkan rumah pun dah settle, so aku dah boleh spend suku kepala otak ni untuk pikir menulis semula. yey!!
Ya, ramai je yang tanya mana entry baru. Even my BFF pun selalu bagi semangat untuk aku menulis semula. Siap tolong pikirkan idea lagi. haha thank you guys. you know who you are! Love ya!
So, today sis nak share my previous pandemic vacay di Kuala Lumpur. Ya ya sekangkang kera dari rumah tapi, apa adahal. Aku punya duitkan sukatila nak lepak mana kan. hahaha 😋 Oh gila kentang ni masa baru je depa bagi pelepasan boleh ke sana ke mari. Terusla kita book hotel. Hotel ni, dari luar nampak macam biasa tau.. tapi bila masuk dalam bilik. Ya Rabb.. have have. Sis suka. Yang sis tempah ni Junior Suite Sofitel Kuala Lumpur.
Tengok tu, tahun lepas punya gambar. Fatimah masih kecik lagi, 5 tahun. Masa ni bulan puasa tahun 2021. Lama dah kan. Tapi apa peduli aku share jela. Benda dah ada dalam draft aku taip jela. hahaha Bilik dia besar gila. Jarang2 aku jumpa hotel yang bilik dia tak kedekut, luas. Memang Sofitel belanja betul, tak kedekut space. Anak aku boleh je berlari-larian bermain di dalam bilik. Dalam bab keluasan bilik aku bagi 15 bintang. Biarla aku nak bagi berapa bintang pun kan. 😁
Ha.. laki aku masa ni penat drive dari rumah ke hotel dalam 20 minit 😂 haha jauh angat!. Tu penat sangat sampai tertidur. hahaha.. Actually, Puasa la masa ni, penat kemas baju angkat barang semua. Kita kasi chance power nap la sekejap.
Sementara itu, mak dan anak bergambar dulu. Fatimah ni memang dari kecik suka bergambar. Ikut mak dia pantang tengok camera.
Sis acah2 busy. Apa bendala yang busy sangat tu la kan... hahaha Bagus Sofitel ni ada working table. 💖
Cute cermin dia
Nespresso pun ada.
Jom tengok bilik air pulek.. Bathrobe pun cuns! Kerlasss!
Seterusnya, bilik air dia. Bapakla makla besar oii. Ada bath tub lagi ha. Oh ya lupa nak cakap pasal harga semalam.. emm memang tak mahal mana la. Hotel ni memang rate dia berpatutan. Dengan harga yang kena bayar dan kemudahan yang dia bagi.. Aku bagi 20 bintang!
Ahhh.. ini yang kita mahu demi ketenangan jiwa dan keharmonian rumah tangga. 😋
Adalah 14 kali mandi bathtub ni. Kesian anak aku tak kemana setahun sebab pandemik. Memang berhabis-habisan dia balas dendam.
Mak pun apa kurangnya. Agagga ini first time mak beli bathbom ni. Asyik tengok kawan2 je berbubble2 kita pun nak le jugak kan.
Yang ini makanan bersahur, kami order tengah malam. Dia hantar jam 3 pagi tak silap. Makanan pun panas lagi dan sedap. Lupa nak tangkap gambar makanan husband. Tengah malam kan mana nak ingat.. mamai.
Ini makanan budak kecik sebelum tidur. Kira supper la. Nak suruh dia makan nasi memang payah. Ce bagi aiskrim ke.. roti ke pasta ke pizza ke memang laju. Salah negara dik ko lahir.
Esok pagi kami ke pool la. apa lagi, siap ada bubble2 lagi ha.. bulan puasa pun apa adahal.. rendam tetap rendam!
Memandangkan swimming class eiman pun tutup, ini kira swimming yang pertama sejak pandemik melanda. Kesian kan budak2. Kesian lagi mak budak.. 😆
Pool dia besar gila wak. Korang kalau tengok ni memang puas hati. Hujung ke hujung memang panjang. Macam aku cakap tadi Sofitel ni memang tak kedekut space. Swimming pool pun besar, bersih dan cantik. Kerlass!!
Aku? Aku tak mandila. Aku malas nk bersalin2. Aku sub kontrak kat daddynya ja. Mood takda nak mandi. Lapa puasa.
Tengah hari tu kita checkout la. Balik ke dunia nyata
Sehari je beg besar kan. Ehh satu beg tu sekali la anak-anak dengan mak pak. 😜
Ok la last picture, bye.
Kesimpulannya, Sofitel Kuala Lumpur Damansara ni memang terbaik! Servis bagus. Makanan sedap! Keluasan memang tiada tandingan. Bersih, cantik, luas, apa lagi.. ha.. kalau korang nak menginap di sini memang aku rekomen sangat! cuma ada satu benda.. dia jauh sikit dengan kemudahan macam kedai2 makan biasa2 tu. Kena ada kenderaan sedap sikit. Tapi sekarang ada GRAB.. apadahal kan. Pastu.. apa lagi nak cakap. erm.. tu la semua dah cakap kot. Nantila kalau aku ingat apa2 aku tambah/update.
Ok guys bye.
Love;
1 Comments
Hi akak! Selamat hari rayaaaa... Semoga urusan akak dipermudahkan tau.. nanti free & easy lagi update lah lagi hehe
ReplyDelete