Berbuka Puasa Buffet 'Selera Kampung' di Kites Restaurant, Hotel Glenmarie & Golf Resort, Selangor

Salam,

Hai semua, bulan Ramadhan hampir menjelma. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita nak berpuasa. Korang dah fikir-fikir ke nak berbuka puasa bersama keluarga atau kawan-kawan di mana nanti? Ni ha sis nak share Buffet Selera Kampung di Hotel Glenmarie & Golf Resort, Selangor. Ceritanya, minggu lepas Nova dijemput untuk review menu berbuka puasa hotel ini yang terletak di Shah Alam Selangor. Ini bukan kali pertama, Nova memang dah pernah berbuka puasa di sini dan sememangnya makanan yang disajikan sedap dan menyelerakan. Petang itu, setibanya di Glenmarie Hotel & Golf Resort, kami disambut dengan senyuman manis daripada kakitangan yang bertugas menjemput kami ke Restoran Kites. Kalau nak tahu hotel ini, berkonsepkan Golf Resort, maka suasana hotel ni, terasa tenang dan selesa  dengan kehijauan redup mata memandang gittew. 



Bila masuk je tuhh dia, macam-macam pilihan ada sistur! Ya Ampun! Kami disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang menggoda selera. 😋 Dari hidangan kampung seperti rendang, ketupat, dan lemang, hingga ke pencuci mulutnya yang nampak sedap dan menggugat jiwa. 


Kalau korang nak tahu, jumlah menu adalah lebih 188 hidangan yang akan disajikan mengikut giliran setiap hari, ditambah pula dengan dengan gerai-gerai masakan panas-panas. Namun sistur, yang paling utama ialah kepakaran istimewanya iaitu BBQ Whole Lamb with Biryani, Kari Kepala Ikan Jenahak Tomato Bendi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Rendang Daging Tok, Sotong Sumbat Masak Lemak, Ayam Panggang Percik Kelantan, freshly grilled seafood, dan aneka Kuih Muih Melayu yang lazat-lazat belaka. 


Korang tengokla menu-menu yang disediakan di bawah ni,  pelbagai hidangan yang menarik dan meriah kan. Uhh tiber rasa kecur air liur ni. 😋

Rambang mata ni tatau nak pilih mana sistur!

Perkara yang best bila makan buffet ni, hidangan yang disediakan teliti, cantik tersusun dan kreatif. Lalu ia membangkitkan selera. Nah..dari hidangan kambing yang lembut hingga hidangan lauk pauk berkuah yang lazat, setiap suapan membawa kenikmatan yang tidak terkata. 

Satay ni memang sedap dan lembut rasanya. Kuahnya pun sedap.
BBQ pun ada, ayam ada, ikan ada 💖

Pasta kesukaan anak-anak juga ada sistur!

Diantara gerai-gerai yang menyajikan masakan panas adalah BBQ Whole Lamb, Apam Balik, Bubur Lambuk, BBQ Stall, Aneka Sup dan Teh Tarik Corner. Bestkan! Macam-macam ada 😍 Setiap suapan membawa kenangan nostalgia dan kehangatan kampung halaman rasanya. Jauh di mata dekat dihati ahh.
Tak lengkap rasanya kalau makan selera kampung tiada ulam2 dan pelbagai jenis kerabu pembuka selera. Confirm nasi bertambah 2 pinggan macam ni.

Tidak puas lagi? Mahu nikmati hidangan pencuci mulut yang menggoda... Dari kek-kek lembut berwarna-warni dan sedap, hingga ke kuih tradisional yang memikat hati akan membuatkan anda tak tahu nak pilih yang mana. 

Nak murtabak? roti canai? Popia juga... sabar sistur, pun ada juga ya. Memang kalau berbuka mesti nak kena cari masakan famous di bazar kan. Memang lengkap Buffet Selera Kampung ni, complete ha semua ada.

Amboi cantiknya awak tersusun di situ. Geram saya!


Aneka Juadah terhidang.


Dengan perut yang kenyang dan hati yang gembira, kami meninggalkan Glenmarie Hotel & Golf Resort mencipta kenangan berbuka yang indah. Pengalaman berbuka puasa di sini adalah satu pengalaman yang akan kami ingat dan akan repeat lagi. Semuanya sedap-sedap belaka dan sangat puas hati dengan pilihan juadah yang disediakan. Tempatnya nyaman dan selesa. Sesuai jika kita nak bertenang-tenang menikmati juada berbuka dengan family, kawan kerja atau sahabat.  

So korang, jangan lepaskan peluang untuk booking awal di Glenmarie Hotel & Golf Resort pada bulan Ramadhan ni untuk dapatkan harga Early Bird yang semestinya Jimat Sangat! Bermula 12 Mac hingga 7 April 2024.

Baucar buffet ‘Selera Kampung’ berharga RM138++ setiap dewasa, dan mereka yang membeli Baucar Early Bird sebelum 12 Mac 2024 akan menikmati bufet pada harga RM110++ sahaja. Baucar buffet untuk kanak-kanak berumur antara 4 dan 12 tahun adalah RM80++ manakala kanak-kanak di bawah 4 tahun makan untuk percuma.

Tempat letak kenderaan adalah percuma dan surau disediakan untuk tetamu Muslim. Untuk tempahan, sila hubungi +60123999092, +60378025200, atau e-mel ramadan@glenmarie.com.my.


Team review Novaleeza



Itulah perkongsian kami kali ini. Semoga anda dapat merasai kehangatan dan kenikmatan berbuka puasa di Glenmarie Hotel & Golf Resort sebagaimana yang kami alami. Jumpa lagi di entri seterusnya!

Sekian.

Post a Comment

0 Comments