![]() |
| Nah korang tengok ya, jurang dia mmg boleh masuk badan budak 😀 Memang kena tukar kan? Dan jujurnya.. tilam ni terlebih lembut.. tak sesuai untuk tidur yang lama 😵 |
Jadi bila Origin hantar tilam ni, Nova memang tak sabar nak cuba. Lepas 2 minggu guna Origin Hybrid Mattress, memang boleh dikatakan bangun pagi sekarang rasa jauh lebih ringan, tak ada lagi neck pain atau backache. Memang lain betul rasa dia bila dapat tilam yang menyokong badan dengan baik, cukup selesa dan empuk pada bahagian atas.
Unboxing & First Impression
Macam tilam moden yang lain, Origin Mattress datang dalam kotak besar dan kemas. Bila kotak sampai depan rumah, Nova rasa sangat excited nak unbox sebab memang nak tengok macam mana rupa “7-layer hybrid mattress” ni. Nova juga puas hati dengan penghantaran yang cepat dan servis pun friendly. Tilam ni datang dalam keadaan vacuum-sealed, jadi mudah nak bawa masuk ke bilik dan tak perlu angkat berat sangat pun.
![]() |
| Dalam 10 minit dah siap unbox, senang je! 😍👍 |
![]() |
| Sebelah kiri -masa baru buka, Sebelah kanan - selepas 48 jam baru betul2 dia kembang selesa! |
Masa buka plastik tu, tilam terus mula mengembang dan dalam beberapa minit saja dah jadi bentuk tilam gebu. Tapi untuk dia betul2 kembang gebu kena bagi masa lebih kurang 48 jam ya. Yang best, bila Nova pegang permukaan tilam tu memang terasa kualiti fabrik Tencel™ Pillow Top dia, lembut, sejuk bila disentuh. Nampak kemas dan jahitan pun kukuh. Nova suka juga bahagian zip cover dia, senang kalau nak buka untuk cuci. Lepas tilam dah mengembang sepenuhnya, Nova terus letak cadar dan tidur sebab tak sabar nak rasa sendiri keselesaan dia. 😴
📦 Tips: Kalau korang baru unboxing Origin Mattress, biar tilam “rehat” dalam (48 jam) lepas buka plastik supaya semua layer dia boleh mengembang sepenuhnya.
Ciri & Teknologi – Apa Yang Buat Origin Berbeza
Kalau tengok dari luar, tilam Origin ni nampak macam tilam biasa kan tapi bila Nova baca lebih lanjut, baru tahu dia sebenarnya dibina dengan 7 lapisan teknologi premium yang direka khas untuk menyokon badan dengan lebih baik supaya kita mendapat tidur yang lebih lena.
So, jom Nova share satu-satu lapisan dan betapa detail rekaannya.
💤 1. Luxurious Tencel™ Pillow Top
Bahagian paling atas ni memang lembut gila! Diperbuat daripada kain Tencel™ yang hypoallergenic dan sejuk disentuh. Sesuai sangat untuk cuaca Malaysia yang panas. Bila baring terus rasa lembut dan selesa macam tidur atas tilam hotel 5 bintang.
🧶 2. Premium Comfort Wool
Lapisan ni bantu melancarkan aliran udara dan kurangkan tekanan pada badan. Jadi walaupun kita tidur lama, badan tak rasa panas atau melekit.
🧊 3. CoolComfort Latex
Ini antara lapisan kegemaran Nova sebab 100% natural latex yang diinfuskan dengan cooling gel. Serius sangat membantu kalau korang jenis yang cepat rasa panas masa tidur.
🧩 4. HexaGrid™ Layer
Inilah “secret weapon” dia! Teknologi HexaGrid™ ni bagi 25% lebih kelegaan tekanan berbanding foam biasa. Bila badan bergerak, tilam ikut bentuk badan tanpa tenggelam, rasa support tapi tetap empuk.
🌬️ 5. Graphite Cooling Foam
Lapisan ni ada graphite crystals yang bantu kekalkan suhu tilam supaya kekal sejuk sepanjang malam.
🌀 6. Pocket Springs
Untuk Nova yang suka tidur dengan anak, ni memang penting. Bila anak pusing atau bangun, kita tak rasa terganggu langsung. Zero motion transfer untuk tidur yang lena!
💪 7. Reflex Support Layer
Lapisan bawah ni bagi sokongan utama untuk tulang belakang dan pinggang. Tak terlalu keras, tapi cukup firm untuk elak sakit belakang.
![]() |
| Fatimah buat Ujian Zero Motion Transfer, walaupun lompat dan gerak dengan kuat, air still tak tumpah! Serius betul jadi! |
![]() |
| Fatimah cakap! Comfy mummy, selesa sangat!! |
🌟 Gabungan semua 7 lapisan ni memang buat Origin Mattress rasa seimbang antara lembut dan menyokong. Tak panas, tak tenggelam, memang sangat Nice!! 👍💓
Feel & Comfort – Macam Mana Rasa Bila Tidur?
Origin Hybrid Mattress ni direka dengan rasa “medium-firm” (6.5/10) so maksudnya tak terlalu keras dan tak terlalu lembut. Untuk Nova, level ni memang ideal, sebab sebelum ni Nova tidur atas tilam yang agak lembut, dan tiap kali bangun mesti rasa sakit badan. Tapi lepas guna Origin, memang lain betul.
Bila baring, terus rasa sokongan dari bahagian bawah pinggang dan tengkuk, tapi masih ada rasa lembut pada permukaan atas dia. Tak rasa tenggelam dan tak rasa macam tidur atas papan juga. Korang faham tak?
Yang paling Nova suka, bila tidur malam sekarang:
- Bangun pagi tak ada lagi neck pain atau backache.
- Badan rasa lebih ringan, tak lenguh macam dulu.
- Kalau anak bergerak kat sebelah pun, tak rasa gegaran langsung memang betul fungsi Zero Motion Transfer tu!
- Tilam ni juga tak panas, walaupun Nova tidur lama atau masa cuaca malam agak suam. Cooling layer dia memang berfungsi.
Secara jujur, setiap malam Nova rasa lebih cepat lena sebab badan rasa betul-betul disokong dari kepala sampai ke kaki. Sekarang baru faham kenapa ramai panggil tilam ni “hotel-grade comfort” sebab memang rasa macam tidur atas tilam hotel setiap malam.
![]() |
| Mak happy dapat tilam baru, selesa, empuk, sejuk dan puas hati! |
| I Love You Origin Matress! Thank You sebab buatkan malam2 saya lena dan selesa! |
Origin AirSoft Microfibre Pillow
Selain itu, Nova juga dapatkan 2 biji Origin AirSoft Microfibre Pillow, alang2 biar kasi lengkap.
Apa yang Nova suka:
- Feel: lembut dan empuk, “cloudy” tapi masih support leher.
- Loft/Height: just nice untuk side & back sleeper, tak terlalu tinggi.
- Breathable: kurang panas, senang lena.
- Match dengan tilam: bila guna sekali dengan Origin Hybrid, alignment leher dan bahu rasa stabil, bila bangun tiada lagi tegang/neck pain waktu pagi.
![]() |
| 2 biji bantal Origin AirSoft Microfibre memang puas hati! |
![]() |
| Nasib baik ada 2, memang berebut dengan Fatimah sebab lembut gebu selesa 😀 |
Warranty, Trial & Harga
Satu benda yang Nova memang respect tentang Origin Mattress ni ialah mereka berani bagi jaminan panjang dan tempoh percubaan lama. Sesuatu yang jarang kita jumpa.
🕒 120 Malam Percubaan
Kalau beli tilam, biasanya kita cuma boleh cuba sekejap di showroom. Tapi dengan Origin, korang boleh guna di rumah selama 120 malam (4 bulan)! Kalau rasa tak sesuai, boleh pulangkan semula dan dapat full refund tanpa banyak soal.
Bagi Nova ini penting sebab badan kita perlukan masa nak sesuaikan diri dengan tilam baru.
🛡️ 15 Tahun Warranty
Tilam ni datang dengan waranti 15 tahun dan diantara waranti yang paling lama kot di Malaysia setakat ni! Ia termasuk kerosakan dalaman dan struktur, jadi korang akan confident nak beli sebab tahu tilam ni dibuat dengan bahan premium dan diuji untuk tahan lama.
💸 Harga Berpatutan
Untuk saiz Queen, harga dia bermula dari RM1,899 saja dan jauh lebih mampu milik kalau nak dibandingkan dengan tilam hotel grade lain yang boleh mencecah RM5,000 ke atas ye.
Yang penting, kualiti tetap kelas premium dengan kombinasi latex, wool, foam dan pocket springs.
📦 Plus point: Origin Mattress dibuat di kilang sendiri di Malaysia, jadi tiada “middleman markup”. Korang bayar harga terus dari pengeluar dan dapat kualiti standard antarabangsa.
Kalau nak dibandingkan dengan jenama lain macam Getha atau Dreamland, Origin memang menang dari segi harga, lapisan teknologi dan tempoh jaminan.











0 Comments